Buka imej pada tab baharu
untuk paparan lebih jelas
Isnin, 19 Mei 2025 - Seramai 33 pegawai dan kakitangan Bahagian Penerbitan dan Pemasaran; dan Unit Grafik dan Ilustrasi, Bahagian Pameran dan Perkhidmatan, Pusat Sejarah Brunei telah mengadakan lawatan kerja ke Ezy Printing Services & Trading Co. Sdn. Bhd.
Antara tujuan utama lawatan adalah untuk mempelajari proses penerbitan sesebuah bahan bacaan yang dipraktikkan oleh syarikat percetakan termasuk penyuntingan, pembacaan pruf, reka bentuk, dan pemasaran; memahami proses di belakang tabir bagi penghasilan sesebuah manuskrip menjadi produk yang sudah siap; dan mengetahui aspek yang berkaitan dengan percetakan seperti bahan kertas yang digunakan dan jenis jilidan (binding) yang bersesuaian.