Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Pusat Sejarah Brunei Sertai Pesta Buku Antarabangsa Muscat Ke-29

Selasa, 21 April 2025 - Rombongan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan melalui Pusat Sejarah Brunei (PSB), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Jabatan Muzium-Muzium (JMM), Bahagian Kebudayaan dan Kesenian (BKK), dan Pusat Pembangunan Belia (PPB) akan menyertai Pesta Buku Antarabangsa Muscat Ke-29 (The 29th Edition of Muscat International Book Fair).

Wakil PSB, DBP, dan JMM akan menyertai pameran dan jualan buku; wakil BKK menyertai pameran kebudayaan dan kesenian serta bermain muzik; dan wakil PPB menyertai pameran makanan tradisional (kering) Negara Brunei Darussalam.

Pusat Sejarah Brunei diwakili oleh Awang Haji Sahril bin Haji Bayong.

Pesta buku ini akan berlangsung mulai 23 April hingga 3 Mei 2025 di Oman Convention and Exhibition Centre, Muscat, Kesultanan Oman.



Attachments
Created at 5/25/2025 11:21 PM by elbisaiful.ali
Last modified at 5/25/2025 11:21 PM by elbisaiful.ali