Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

Majlis Penutup Bengkel Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei


Bandar Seri Begawan, 5 Jun 2021 - Majlis Penutup Bengkel Menulis dan Melukis Cerita Bergambar Sejarah Brunei telah berlangsung pada petang ini di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei. Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Dayang Mardiah binti Haji Ramli, Pemangku Ketua Bahagian Pusat Pengkajian Borneo (PenBorneo).

Majlis dimulakan dengan  bacaan Surah Al-Fatihah serta doa selamat dan disusuli ucapan wakil peserta bengkel oleh Muhammad Nur Aminuddin bin Haji Rosman. Majlis diteruskan dengan tayangan video montaj suasana sepanjang bengkel sebelum penyampaian sijil penghargaan kepada dua orang pembimbing bengkel iaitu Awang Haji Rosli bin Haji Ampal dan Awang Mohammad Hazwan bin Haji Kampong;  dan sijil penyertaan kepada para peserta bengkel. 

Turut dipamerkan hasil bengkel yang telah berlangsung selama empat hari iaitu 1-3 dan 5 Jun 2021.

Laporan disediakan oleh: Ardysham
Attachments
Created at 6/14/2021 3:13 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali
Last modified at 6/14/2021 3:13 PM by Elbi Saiful Razaimie Mohd Ali